Hiburan


ROSMAH menunjukkan DVD & VCD 'Sudirman One Thousand Million Smiles' sambil disaksikan (dari kiri) Hermond Cheng, Johan, Rodziah dan Farid di Sri Pentas, semalam.
PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata penghibur nombor satu negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad layak digelar ikon 1Malaysia dalam nyanyian atau kesenian kerana nilai positif serta semangat patriotik yang ditonjol menerusi lagunya. “Kalau masih ada, mungkin beliau layak menjadi ikon 1Malaysia sama ada dalam bidang nyanyian atau kesenian, tetapi sayangnya Allahyarham pergi sebelum 1Malaysia diperkenalkan. “Allahyarham berjiwa patriotik. Dia menanamkan semangat 1Malaysia sejak dulu. Saya harap remaja menghayati kerja serta perkataan dalam lagunya.
“Ini cara golongan muda menghayati erti kemerdekaan. Jangan ambil mudah kesenangan yang sudah kita kecapi. Ingat perjuangan generasi dulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan,” katanya pada majlis penyerahan DVD dan VCD konsert terakhir Sudirman, One Thousand Million Smiles di Theaterette, Sri Pentas, di sini, semalam. Konsert terakhir yang dijayakan penyanyi itu di Melaka pada 9 Mac 1991 akan disiarkan oleh TV3 pada Hari Kemerdekaan, jam 10 pagi. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Media Prima Berhad (MPB), Datuk Johan Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen (MPB), Datuk Seri Farid Ridzuan serta kakak Allahyarham, Datin Rodziah Arshad.

0 comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG KE BAGUSBAHNEWS

DIHARAPKAN ADNA SENTIASA MENGUNJUNGI BAGUSBAHNEWS



.

Followers

CINTAI LAH SUNGAI KITA

CINTAI LAH SUNGAI KITA